RESEPI NASI KERABU BIRU

Nasi Kerabu Biru
Bahan-bahan:

Nasi:

✔3 cawan nasi
✔sedikit pewarna biru (bunga telang malas nak cari penah Nampak)
✔air secukupnya
✔4 helai daun limau purut di ramas
✔1 batang serai dititik
✔sedikit garam

Cara penyediaannya:

1. Basuh bersih beras.

2. Masukkan air secukupnya mcm nak masak nasi.

3. Masukkan daun limau purut dan serai serta sedikit garam.

Sambal tumis:

✔4 biji bawang besar atau 20 biji bawang merah**
✔3 ulas bawang putih**
✔secekak lada kering direbus dan dibuang bijinya (ikut kepedasan yang ada suka)**
✔sedikit halia**
✔sedikit kunyit hidup** kalau takde gunala kunyit serbuk
✔1 batang serai dititik
✔budu
✔garam
✔gula
✔belacan
✔santan pekat
✔sedikit air asam jawa
✔1/2 cawan minyak masak

Cara penyediaannya:

1. Kisar bahan yang bertanda **.dgn sedikit air.

2. Panaskan kuali dan isi minyak masak.

3. Panaskan minyak masukkan bahan kisar.

4. Tumis sehingga pecah minyak.

5. Masukkan serai, budu, garam gula, belacan.

6. Tumis lagi kemudian masukkan santan pekat dan sedikit air asam jawa.

7. Masak sehingga ia pekat.

Sambal ikan + kelapa:

✔3 ekor ikan kembung
✔2 biji bwang besar (sederhana besar)*
✔2 ulas bawang putih*
✔sedikit halia*
✔1cawan santan cair
✔1 sudu lada hitam ditumbuk halus
✔garam, gula
✔1 cawan kelapa parut - nak lebih pun boleh
✔kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan

Cara penyediaannya:

1. Ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus.

2. Air rebusan jangan dibuang.

3. Ambil isi ikan sahaja.

4. Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi.

5. Tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar.

6. Panaskan 1 sudu minyak.

7. Masukkan bahan kisar tadi.

8. Masukkan santan, lada hitam garam gula.

9. Masak sehingga ia agak kering.

10. Masukkan kelapa goring tadi.kacau sebati.

Solok Ikan:

✔2 ekor ikan kembung buang perut dan kaut isinya sahaja guna sudu
✔1/2 biji bawang besar
✔sedikit lada hitam lbh kurang 1/3 sudu besar
✔sedikit kelapa parut kelapa parut
✔garam
✔gula

Cara penyediaannya:

1. Tumbuk bawang besar, lada hitam, kelapa parut kemudian masukkan isi ikan kembung, tambah garam dan sedikit gula.

2. Tumbuk biar isi ikan hancur.

3. Masukkan adunan ni dlm lada hijau yang telah dibelah bahagian tengahnya.

4. Kukus dlm 10 minit.

Sambal cuka (agak2 rasa sambal tumis tak pedas boleh buat sambal cuka):

✔cili padi
✔lada merah
✔cuka sikit
✔garam dan gula
✔1 ulas bawang putih di bakar sekejap

Cara penyediaannya:

1. Kisar kasar semua bahan utk sambal cuka.

Bahan hiasan:

✔kobis, kacang panjang, tauge, ulam raja ke, timun
✔keropok goring
✔daging bakar
✔lada cuka
✔budu

Selamat mencuba...

Comments