RESEPI KARI AYAM UTARA

Kari Ayam Utara

Bahan-bahan:

✔1 ekor ayam dibersihkan - digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit sahaja garam, dan diperap seketika
✔1 cawan santan pekat + dengan 5 cawan air
✔3 biji kentang dibelah 4
✔Garam, gula, dan perisa secukup rasa@ aji
✔Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan kisar:

✔7 sudu besar rempah kari ayam
✔1 biji bawang besar
✔3 ulas bawang putih
✔2 inci halia
✔1 sudu besar serbuk cili @ cili kering yang telah dikisar

Bahan-bahan tumis:

✔1 biji bawang besar dihiris
✔2 ulas bawang putih dihiris
✔1 inci halia dihiris
✔1 batang kayu manis (ukuran @ 1 inci)
✔2- 3 kuntum bunga lawang
✔2-3 kuntum bunga cengkih
✔3 biji buah pelaga
✔5 tangkai daun kari
✔3 helai daun pandan di simpul kemas

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan periuk dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan daun kari agak garing. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, kacau dan tutup periuk sehingga bahan-bahan rempah terbit minyak.

2. Setelah rempah agak pekat, masukkan sedikit air diikuti dengan ayam. Kacau sebati dan tutup periuk semula, biarkan lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam separuh empuk.

3. Selepas itu masukkan santan, garam, gula, dan perisa dan kacau. Biarkan kuah mendidih. Kemudian masukkan ubi kentang dan masak sehingga empuk.

4. Akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau. Biar mereneh seketika dan kemudian angkat. Jangan sampai tomato dan cili hijau terlebih layu.

Selamat mencuba...

Comments