![]() |
Kerabu Timun bersama Mangga |
Bahan-bahan:
✔1 biji timun - dihiris halus kulitnya sahaja pakai sagat
✔1 biji mangga muda - disagat
✔2-3 tangkai daun selom - dihiris halus
✔1 biji bawang besar merah - dimayang halus
✔2 genggam udang kering - disangai
✔1 inci belacan bakar
✔3 biji cili api
✔1 biji asam limau nipis - diambil jusnya
✔Garam
✔Gula
Cara-cara penyediaannya:
1. Satukan semua bahan sayur yang telah dipotong/sagat/mayang.
2. Tumbuk belacan, udang kering, cili api dan garam dan gula hingga lumat.
3. Masukkan kedalam bahan sayur.
4. Gaul rata sambil diperahkan asam limau nipis ke dalamnya.
5. Perisakan garam gula dan asam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment