RESEPI TOMYAM PUTIH JENAHAK

Tomyam Putih Jenahak

Bahan-bahan:

✔1 ekor ikan jenahak - boleh masak sekor2 @ dipotong-potong ikut suka
✔3 ulas bawang putih - ketuk
✔10 biji cili padi thai - ketuk
✔1 biji bawang besar - hiris bulat/potong biji
✔5 batang serai - potong menyerong
✔2 inci lengkuas - hiris kasar
✔1 inci halia - hiris kasar
✔5 helai daun limau purut - potong menyerong
✔limau nipis - perah airnya sahaja
✔1 sudu besar sos ikan
✔1 sudu besar susu pekat manis
✔garam secukupnya
✔air
✔lada benggala
✔sayur-sayuran (tomato, karot, bunga kubis etc)
✔cendawan telinga (boleh juga guna cendawan tiram, butang etc)

Cara-cara penyediaannya:

1. Masukkan bwg putih, cili padi, bawang besar, serai lengkuas, halia,daun limau purut dan air kedalam kuali/periuk.

2. Panaskan api, reneh bahan2 tersebut sampai mendidih.

3. Masukkan sos ikan, sayur2 yang keras. Biarkan seketika.

4. Masukkan pula ikan, lada benggala, cendawan. Biar sampai ikan masak. (Masa ni api kena betul2 kuat. Kalau boleh tutup periuk/kuali spy ikan cpt masak.)

5. Perah jus limau dan letakkan garam secukupnya.

6. Masukkan juga susu pekat. Kacau sebati. Masukkan sekali tomato.

7. Padamkan api.

8. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba...

Comments