RESEPI BIHUN REBUS

Bihun Rebus

Bahan-bahan:

✔Sebungkus bihun - dicelur hingga lembut dan disejatkan
✔Ayam - dipotong dadu
✔Daging - dipotong nipis
✔Sos tiram
✔Gula
✔Garam

Bahan-bahan A dikisar halus:

✔Bawang besar
✔Bawang putih
✔Lada hitam

Bahan-bahan B sayur-sayuran:

✔Sawi - dipotong kasar
✔Bunga kubis - dipotong kasar
✔Carrot - dipotong kasar
✔Tomato - dipotong kasar

Cara-cara penyediaannya:

1. Tumis bahan-bahan A tadi sehingga naik bau dan masukkan ayam yang dipotong dadu tadi, gaul sebati dan masak buat seketika.

2. Sekiranya nak letakkan daging, masukkan ia bersama-sama ayam tadi dan rebus sehingga empuk.

3. Tambah air sebagai kuahnya, mengikut citarasa, biarkan ianya mendidih.

4. Masukkan sos tiram, gula dan garam secukup rasa.

5. Setelah ayam dan daging dah masak, masukkan bihun atau mee, biarkan mendidih sekejap.

6. Akhir skali, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong, jgn biarkan masak terlalu lama bagi memastikan khasiatnya tidak hilang.

7. Boleh dihidangkan bersama, sos cili, sos tomato atau kicap manis mengikut citarasa.

Selamat mencuba...

Comments