RESEPI CHEZZY SALMON PASTA

Chezzy Salmon Pasta

Bahan-bahan:

✔250 gram tagliatelle/fettuccine
✔100 gram krim cheese
✔1 cawan kacang pis
✔2-3 ulas bawang putih - dicincang halus
✔50 gram smoked salmon
✔1/2 biji lemon- diparut kulitnya dan diambil jusnya
✔2 sudu besar kucai - dihiris nipis
✔Minyak zaitun

Cara-cara penyediaannya:

1. Rebus pasta sehingga lembut/ al dente. Kemudian rebus pula kacang pis.

2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan krim cheese dan masak dengan api yang sederhana selama 2 minit. Masukkan salmon, jus lemon, daun kucai dan lada hitam.

3. Tapiskan pasta. Simpankan sedikit air rebusan untuk digunakan semasa proses memasak nanti.

4. Masukkan pasta ke dalam kuali, tuangkan sos krim cheese tadi.

5. Masukkan sedikit air rebusan pasta untuk menjadikan ianya sedikit berkuah.

6. Taburkan diatasnya daun kucai dan parutan kulit lemon.

Selamat mencuba...

Comments

Post a Comment