![]() |
| Daging Dendeng Padang |
Bahan-bahan:
✔1/2 kg daging - direbus dalam ketulan besar dan dihiris nipis kemudian tumbuk-tumbuk sedikit
Bahan-bahan perapan daging:
✔Bawang putih
✔Halia
✔Garam
✔Sedikit ketumbar
✔Kunyit
*Tumbuk halus semua sekali perap dengan daging selama 10 minit, kemudian goreng sehingga garing.
Bahan-bahan cili:
✔10 biji cili besar merah
✔10 biji cili besar hijau
✔8 biji cili padi(optional)
✔5 biji bawang merah
✔1 biji bawang besar
*Rebus semua sekali sehingga lembut, tapiskan kemudian tumbuk 3/4 hancur.
Caracara penyediaannya:
1. Tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga masak.
2. Kemudian tambah aji, cuka dan juga garam.
3. Sekiranya ingin cilinya basah-basah boleh ditambah dengan air rebusan daging.
4. Masak lagi sehingga sedikit kering.
5. Kemudian bolehlah dicurahkan ke atas daging yang siap digoreng tadi.
Selamat mencuba...

Comments
Post a Comment