RESEPI POPIA RIBEN SERUNDING KELAPA UDANG KERING

Popia Riben Serunding Kelapa Udang Kering

Bahan-bahan serunding:

✔1 biji kelapa parut
✔3 sudu besar udang kering - direndam sampai lembut, tos dan dikisar halus
✔2 sudu cili kisar

Bahan-bahan kisar:

✔8 ulas bawang merah
✔2 ulas bawang putih
✔1/2 inci lengkuas
✔3 batang serai
✔1 sudu ketumbar - dikisar kering
✔1/2 sudu jintan manis / jintan kasar - dikisar kering
✔1/2 sudu jintan putih / jintan halus - dikisar kering
✔1/3 sudu serbuk kunyit
✔1/4 cawan air asam jawa
✔3 helai daun limau purut
✔Garam gula secukup rasa

Cara membuat serunding :

1. Gaul kelapa parut dan serbuk kunyit sampai sebati . Sangaikan dalam kuali sekejap.

2. Masukkan sedikit minyak didalam kuali dan panaskan . Tumiskan semua bahan bahan blend *kisar halus ( bawang merah , bawang putih , lengkuas , ketumbar , jintan manis / jintan kasar , jintan putih / jintan halus , serai ) sampai naik bau yang harum.

3. Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Guna api perlahan.

4. Masukkan garam gula secukup rasa . Kemudian masukkan daun limau purut, kacau sampai masak.

5. Akhir sekali masukkan kelapa yang telah disagai sekejap tadi dan masak sehingga kering.

Cara-cara membungkus popia:

1. Kulit popia dipotong segi empat panjang, isi serunding udang di tengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali seperti riben.

2. Goreng guna minyak yang banyak. Guna api sederhana dan sentiasa kacau kerana mudah hangus.

Selamat mencuba...

Comments