RESEPI UDANG BUTTER SARANG TELUR

Udang Butter Sarang Telur

Bahan-bahan untuk sarang telur:

✔2 biji kuning telur
✔Sesenduk butter/margerin
✔1 cawan minyak

Cara-cara penyediaan sarang telur:

1. Pukul ringan kuning telur.

2. Panaskan butter/margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat.

3. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing-pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

4. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halus.

5. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya.

6. Gula secukup rasa dan taburkan gula setelah sarang tadi diangkat/dituang dalam tapis. Tabur semasa sarang tu masih panas. Lepas itu godek-godekkan sikit dengan sudu bagi gula tu rata. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk masak udang :

✔12 ekor udang saiz besar atau sederhana
✔Garam, lada sulah dan minyak - untuk menggoreng
✔3 ulas bwg putih - dicincang
✔6-8 tangkai cili padi - dihiris
✔5 tangkai daun kari
✔1/4 cawan susu cair
✔Butter

Cara-cara :

1. Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan.

2. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

3. Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.

4. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar.

5. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan masukkan banyak sangat garam sebab butter atau margarine sudah ada garam.

6. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi.

Selamat mencuba...

Comments

  1. Thank you for the recipe. I share kat my blog tau. https://ngobrolwae.blogspot.com/2021/08/resipi-udang-butter-sarang-telur.html

    ReplyDelete

Post a Comment