RESEPI AYAM GOLEK

Ayam Golek

Bahan-bahan:

✔1 ekor ayam - dibersihkan dan tidak perlu dipotong kecil


Bahan-bahan untuk ayam :


✔3 biji bawang besar
✔4 biji bawang putih
✔1 inci halia
✔2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
✔1 sudu besar lada hitam tumbuk
✔2 sudu besar madu
✔1 ketul kiub ayam knorr
✔2 sudu besar gula pasir
✔2 sudu besar herba campuran
✔1 1/2 sudu teh garam halus
✔Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan sapu
✔Sekikit mentega

Cara-cara penyediaannya:


1. Campur kesemua bahan sapu dengan sedikit air dan kisar.


2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.


3. Perap selama 3-4 jam).


4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Bahan-bahan sos lada hitam:


✔1 1/2 cawan stok ayam @ daging
✔1/2 cawan susu segar
✔4-5 sudu serbuk lada hitam
✔2 cm batang salery - dicincang
✔1/2 biji bawang besar - dicincang
✔2 sudu besar kicap manis
✔1 sudu sos tiram
✔1 sudu mentega/marjerin
✔1/2 tin cendawan butang - dihiris
✔2 sudu besar tepung gandum - dibancuh dengan air
✔Garam dan gula

Cara-cara penyediaannya:


1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery, didihkan.


2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery, didihkan semula. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula.


3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

Selamat mencuba...

Comments