RESEPI IKAN BAKAR TOMYAM

Ikan Bakar Tomyam

Bahan-bahan A:

✔1 ekor ikan siakap - dibersih dan dikelar
✔2 sudu makan pes tomyam
✔5 helai daun limau purut
✔1 sudu makan jus limau nipis ataupun limau kesturi
✔1 biji tomato - dipotong 6
✔2 biji limau kesturi
✔Aluminium foil

Bahan-bahan B:

✔2 biji cili merah
✔5 biji cili api
✔3 batang serai
✔3 biji bawang merah
✔2 ulas bawang putih

Cara-cara penyediaannya:

1. Gaulkan semua bahan-bahan B bersama pes tomyam dan letakkan di dalam aluminium foil.

2. Letakkan ikan, tomato dan daun limau purut. kemudian bungkus kemas.

3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30minit.

4. Perahkan limau semasa menghidang.

Selamat mencuba...

Comments