![]() |
Kuih Kaswi Gula Melaka |
Bahan-bahan:
✔2 cawan tepung gandum
✔1 cawan tepung ubi
✔2 keping gula melaka
✔1 cawan gula pasir
✔7 cawan air
✔1 sudu kecil kapur
Bahan-bahan lain:
✔Kelapa parut muda
✔Sedikit garam
Cara-cara penyediaannya:
1. Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
3. Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam periuk. Kacau sekejap je atas api sehingga naik wap sahaja. Bukan sampai keras..
4. Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar.
5. Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
6. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment