RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG

Sambal Belacan Goreng

Bahan-bahan:

✔10-15 biji cili padi ikut kesesuaian, jika mahu lebih pedas boleh tambah
✔2-3 inci belacan
✔2-3 biji bawang merah
✔1 biji tomato
✔Garam gula secukup rasa
✔Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaannya:

1. Bawang dipotong atau belah 4 atau 6 dan tomato dibelah 4 atau 6.

2. Goreng semua bahan kecuali garam dan gula.

3. Goreng sampai layu, tapi jangan garing.

4. Setelah itu baru semua bahan ditumbuk.

5. Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa.

Selamat mencuba...

Comments