RESEPI AYAM BAKAR MADU

Ayam Bakar Madu

Bahan-bahan:

✔2 Ketul ayam - bahagian dada
✔4 Ulas bawang putih - ditumbuk
✔1 inci halia - ditumbuk
✔4 sudu madu
✔3 sudu sos tiram
✔Sedikit serbuk cili
✔Sedikit serbuk lada hitam
✔Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaannya:

1. Masukkan bahan perapan iaitu bawang putih, halia, madu, sos tiram, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam ke dalam bekas. Gaul rata kesemua bahan tersebut.

2. Kemudian sapukan bahan perapan tadi pada ayam dan perap lebih kurang 3 jam. Lagi lama perapan lagi sedap.

3. Bakar ayam dengan oven dengan suhu 200 darjah selama 30-40 minit atau sehingga ia betul-betul masak.

4. Sekiranya menggunakan pemanggang ajaib , bakar lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba...

Comments