RESEPI SALMON WITH BUTTER AND LEMON

Salmon with Butter and Lemon

Bahan-bahan:

✔3 keping potongan ikan salmon
✔2-3 ulas bawang putih - di cincang halus atau di tumbuk lumat
✔125 gram mentega
✔1/2 sudu besar thyme
✔Sedikit garam
✔Sedikit lada hitam
✔Satu biji lemon- diperah jusnya

Untuk sos:

✔1 cawan mayonis
✔2 sudu besar jus lemon
✔Beberapa tangkai daun dill - dicincang halus
✔Sedikit garam
✔Sedikit lada hitam

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan ketuhar kepada 180-190 darjah celcius.

2. Satukan mentega, bawang putih, thyme, garam dan lada hitam. Kacau sehingga sebati. Masukkan perahan jus lemon dan kacau sebati.

3. Kemudian lumurkan bahan-bahan tadi kepada ikan salmon. Susunkan ikan didalam bekas tahan ketuhar dan tuangkan lebihan bahan-bahan perapan tadi.

4. Masukkan ikan ke dalam ketuhar dan masak sehingga ikan itu masak.

Selamat mencuba...

Comments