Udang Masak Lemak Cili Padi |
Bahan-bahan:
✔1 kg udang kertas
✔5 ulas bawang merah kecik
✔4 ulas bawang putih
✔1 ibu jari besar kunyit hidup
✔4 tangkai cili padi
✔1/2 ibu jari besar halia
✔2 hirisan lengkuas
✔1 batang serai dititik
✔Santan dua kotak kecil 1000ml
✔Garam secukup rasa
✔1 asam keping
✔Buah tomato
✔2 sudu minyak masak untuk menumis
Cara-cara penyediaannya:
1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan cili padi sehingga lumat dengan menggunakan lesung batu.
2. Dah lumat semua bahan, panaskan periuk dengan dua sudu minyak. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tu bersama lengkuas dan serai. Tumis sampai naik bau. Minyak yang digunakan sikit sahaja tau.
3. Dah naik bau tu, masukkan udang tadi dan tumis seketika. Kemudian masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan udang pon dah masak. Akhir sekali masukkan buah tomato.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment