Ikan Bawal Sweet Sour |
Bahan-bahan:
✔Seekor bawal - disiang dah dibersihkan
✔3 ulas bawang kecil
✔2 ulas bawang putih
✔3 hiris halia
✔1 sudu besar sos tiram
✔2 sudu cili kisar
✔3 sudu sos cili
✔Timun batang - dipotong dadu tanpa biji*
✔Carot - dipotong dadu*
✔1/2 tomato - dipotong dadu*
✔Bawang besar holland - dipotong dadu*
✔Garam dan gula secukup rasa
✔Serbuk perasa
✔Air suku cawan - untuk kuah
Cara-cara penyediaannya:
1. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
2. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
3. Bila bawang agak layu, masukkan cili kisar. Goreng bagi cili tu masak garing sedikit, lepas tu masukkan sos cili dan air.
4. Bila mendidih masukkan semua bahan yang bertanda *, rasakan dengan garam gula, tutup api.
5. Curah sos sweet sour atas ikan yang dah digoreng tadi.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment