Sayur Campur ala Cina |
Bahan-bahan :
✔50g bunga kubis
✔5 ulas kacang buncis
✔1 biji lada benggala - dipotong dadu
✔2 biji lobak merah - dipotong nipis
✔5 ulas bawang putih - dikisar
✔2 sudu besar sos tiram
✔Sedikit stok ayam
✔50ml air
✔2 sudu tepung jagung - dibancuh dengan air
✔2 biji cili merah - dipotong kecil
✔10g bawang merah - digoreng
Cara-cara penyediaannya:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan air, stok ayam dan sos tiram.
3. Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
4. Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
5. Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment