RESEPI ITIK MASAK REMPAH

Itik Masak Rempah

Bahan-Bahan:

✔1 ekor itik saiz sederhana
✔3 hirisan halia
✔2 kuntum bunga lawang
✔ Air
✔2 sudu besar minyak

Bahan Perasa: (digaul bersama)

✔1 sudu besar serbuk rempah lima rasa (five-spice)
✔1 sudu kecil lada hitam
✔5 sudu besar kicap pekat
✔5 sudu besar kicap soya
✔3 sudu besar gula
✔Sedikit garam

Cara Memasak:

1) Bersihkan itik.

2) Sapukan bahan-bahan perasa seluruh badan itik luar dan dalam. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.

3) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis halia hingga naik bau dan masukkan itik. Biarkan itik dimasak dalam periuk dengan api yang perlahan.

4) Selepas itu masukkan 500ml / 2 gelas air, bahan-bahan perasa ke dalam periuk. Tambahkan air biar itik terendam dalam periuk. Masukkan bunga lawang.

5) Tutup periuk, kuatkan sedikit api dan biarkan hingga mendidih. Lepas itu perlahankan api dan biarkan itik mereneh dalam periuk lebih kurang dalam satu setengah jam (1 1/2 jam). Balikkan itik sekali-sekala untuk itik masak dengan elok.

6) Apabila itik sudah lembut, buka penutup periuk dan biarkan sehingga air menjadi pekat.

7) Bila sudah pekat, keluarkan itik dari periuk. Potongkan bahagian itik kecil-kecil dan hidangkan.

Selamat mencuba...

Comments