RESEPI KETAM GORENG CILI

Ketam Goreng Cili

Bahan-Bahan:

✔4 ekor ketam
✔10 tangkai cili kering
✔1 biji bawang besar
✔3 sudu sos cili
✔2 sudu sos tiram
✔Garam
✔Gula

Cara Memasak:

1) Bersihkan ketam. Ketam dibelah dua. Gaul rata dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak. Goreng ketam sehingga garing. Angkat dan toskan.

2) Rendam cili kering dengan air panas. Kemudian kisarkan cili kering sehingga halus.

3) Bawang besar dipotong kasar.

4) Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar. Kacau sehingga masak.

5) Masukkan cili kering yang dikisar tadi. Gaul sehingga pecah minyak.

6) Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau.

7) Masukkan gula dan garam secukup rasa.

8) Akhir sekali masukkan ketam yang digoreng tadi. Gaul rata.

9) Angkat. Ketam goreng cili anda sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba...

Comments