RESEPI RENDANG IKAN TONGKOL

Rendang Ikan Tongkol
Bahan-bahan:

✔1 ekor ikan tongkol ~ dipotong
✔3 cawan santan ~ dr sebiji kelapa
✔2 sudu makan kerisik
✔3 keping asam gelugur
✔2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
✔3 helai daun limau purut ~ dikoyak
✔1/2 cawan minyak masak
✔garam secukup rasa
✔sedikit gula

Bahan B ~ dikisar

✔15 tangkai cili kering
✔5 bj cili api
✔8 biji bawang merah
✔3 ulas bawang putih
✔1 inci halia
✔1 inci lengkuas
✔3 batang serai
✔1 sudu teh serbuk ketumbar
✔1 sudu teh serbuk jintan manis

Cara-cara penyediaannya:

1. Potong ikan dan bersihkan.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan B. Kacau sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ikan tongkol, santan, kerisik, daun limau purut, garam dan asam gelugur.

4. Masak hingga pecah minyak dan pekat.

5. Masukkan daun kunyit, Kacau rata dan angkat.

Selamat mencuba...

Comments