Satay Kambing |
Bahan-bahan:
✔1 kg daging kambing
✔3 sudu besar madu atau gula merah
✔2 sudu kecil garam
✔kayu lidi secukup dan direndam semalaman ~ ini untuk mengelakkan lidi hangus semasa proses membakar satay nanti
Bahan kisar:
✔8 biji bawang merah
✔5 ulas bawang putih
✔3 cm lengkuas
✔3 batang serai dihiris ~ ambil bahagian putih saja
✔4 cm halia
✔3 cm kunyit hidup
Bahan sangai(goreng tanpa minyak):
✔2 sudu besar biji jintan manis ~ disagai dan ditumbuk halus.
✔2 sudu besar biji jintan putih ~ disagai dan ditumbuk halus.
✔3 sudu besar biji ketumbar ~ disagai dan ditumbuk halus.
✔2 sudu besar minyak masak
✔2 sudu kecil garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara penyediaannya:
1. Mula-mula kita potong daging terlebih dahulu.
1. Mula-mula kita potong daging terlebih dahulu.
2. Potong daging bentuk kiub, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil.
3. Jika besar sangat nanti masa bakar satay lambat masak. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
4. Sementara itu kita sangai dahulu bahan sangai dan kisar atau tumbuk halus.
5. Kisarkan juga semua bahan kisar. Kalau nak satukan dengan bahan sangai dan kisar bersama pun boleh.
6. Gaulkan daging dengan madu, kalau tak ada madu boleh guna gula merah.
7. Gaulkan juga dengan bahan kisar dan bahan sangai yang kita dah tumbuk halus tadi.
8. Jangan lupa perasakan dengan garam dan juga gula.
Selamat mencuba...
Saya dh coba memng sedap😋
ReplyDelete