RESEPI SUP KEPALA IKAN JENAHAK

Sup Kepala Ikan Jenahak

Bahan-Bahan:

✔Kepala Ikan Jenahak (guna sebelah je)
✔Rempah tumis 4 sekawan
✔3 ulas bawang merah*
✔2 ulas bawang putih*
✔1/2 inci halia*
✔10 biji lada hitam*
(bahan bertanda * ditumbuk)
✔Capsicum (merah, hijau, kuning) - hiris memanjang
✔Cendawan hitam
✔Suhun
✔Karot
✔Bunga kubis
✔Tomato
✔Garam
✔Minyak

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan minyak.

2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk serta rempah tumis.

3. Tumis sampai kekuningan. Masukkan air secukupnya.

4. Apabila air mendidih, masukkan ikan, karot dan bunga kubis.

5. Renehkan seketika. Kemudian masukkan cendawan hitam, suhun dan capsicum.

6. Perasakan dengan garam secukupnya. Padamkan api. Masukkan kedalam mangkuk.

7. Sebelum dihidangkan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Selamat mencuba...

Comments