RESEPI SUP PERUT

Sup Perut

Bahan-bahan:

✔1kg perut lembu
✔4 biji bawang besar | dimayang
✔10 biji bawang merah | ditumbuk
✔5 ulas bawang putih | ditumbuk
✔2.5cm halia | diketuk
✔3 sudu makan rempah sup
✔2 keping asam gelugor
✔2.5cm kulit kayu manis
✔1 kuntum bunga lawang
✔3 biji buah pelaga
✔4 sudu makan lobak jeruk
✔Garam secukup rasa
✔Serbuk perasa secukupnya
✔4 sudu makan minyak masak
✔1 liter air

Cara memasak:

1. Perut lembu dibersihkan dan direbus selama sejam. Selepas itu potong kecil memanjang. Ketepikan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bahan-bahan yang dimayang dan ditumbuk sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.

3.Selepas itu masukkan rempah sup dan kacau sehingga pecah minyak.

4. Kemudian masukkan air dan kacau. Biarkan mendidih.

5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Angkat.

6. Ketika menghidang, masukkan kesemua bahan yang digoreng bersama minyak ke dalam sup perut yang hampir masak. masukkan serbuk perasa dan hidangkan.

Untuk menambahkan lagi keenakan sup perut tambahkan tauge,daun bawang, daun sup serta lobak jeruk.

Selamat mencuba...

Comments