RESEPI AYAM BAKAR BEREMPAH

Ayam Bakar Berempah

Bahan-bahan:

✔1 ekor ayam - potong 8
✔2 biji kentang US- belah 8 (kentang biasa pun boleh)
✔2 sudu besar serbuk kari daging Babas
✔Sedikit minyak zaiton/masak
✔2 sudu besar mentega atau marjerin
✔10 biji tomato ceri-belah 2
✔Baby Carrot
✔Kacang Pea
✔Sedikit madu
✔Garam

Bahan-bahan kisar:

✔1/2 inci halia
✔1/2 inci kunyit - serbuk kunyit
✔3 ulas bawang putih
✔1 labu bawang besar
✔1 sudu kecil ketumbar
✔1/2 sudu kecil jintan kasar
✔1/2 sudu kecil jintan halus
✔1/2 sudu kecil lada hitam - jika suka
✔Sedikit air.

Cara-cara penyediaannya:

1. Cuci ayam bersih-bersih. Cucuk badan ayam dengan menggunakan garpu supaya rempah lebih meresap dan mesra.

2. Panaskan oven terlebih dahulu.Bahan kisar tadi dimasukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan rempah kari, madu dan garam. Gaul rata.

3. Kemudian, lumurkan pada ayam yang telah dicucuk tadi. Letak ke tepi dahulu.

4. Sediakan loyang untuk membakar. Tuangkan sedikit minyak ke dalam loyang tersebut. Susun ayam yang telah dilumur dan diperap tadi.

5. Kemudian, susun bawang besar, kentang dan tomato.

6. Kemudian, renjiskan mentega atau marjerin ke atas ayam tadi.

7. Masukkan ayam yang telah disediakan dengan sempurna tadi ke dalam oven dengan suhu 170-180 darjah Celcius dan 1 jam 30 minit sahaja.

Selamat mencuba...

Comments