RESEPI DAGING KIJANG MASAK LEMAK

Daging Kijang Masak Lemak

Bahan-bahan:

✔1 kilo daging kijang
✔1 biji kelapa - diambil santannya.
✔2-3 biji ubi kentang
✔1 keping asam keping
✔Garam - secukupnya
✔Dua helai daun kunyit - disiat-siat
✔5 helai daun limau purut - dibuang tulangnya

Bahan-bahan dikisar halus:

✔10 ulas bawang merah
✔3 ulas bawang putih
✔1 inci lengkuas
✔1 inci halia
✔1/2 inci kunyit
✔3 batang serai
✔15-20 biji cili api
✔4 biji buah keras

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan sedikit minyak.

2. Tumis bahan yang dikisar halus sehingga naik bau.

3. Masukkan daging dan gaul rata. Biar sehingga air daging kering.

4. Masukkan santan cair. Rebus hingga empuk.

5. Bila air hampir kering, masukkan santan pekat, ubi kentang, daun limau dan daun kunyit.

6. Rasakan garam dan asam.

Selamat mencuba...

Comments