RESEPI KETUPAT SOTONG KELANTAN

Ketupat Sotong Kelantan



Bahan-bahan:

✔500g sotong
✔100g beras pulut
✔1 cawan santan cair
✔1 cawan santan pekat
✔Gula melaka / nisan
✔1 sudud kecil garam
✔Daun pandan
✔Lidi satay

Cara-cara penyediaannya:

1. Bersihkan dan toskan sotong.

2. Masukkan beras pulut (yang direndam) dalam sotong.

3. Padatkan beras pulut dengan lidi satay. Masukkan separuh.

4. Masukkan kepala sotong dan pinkan dgn lidi satay.

5. Susun atur cantik-cantik dlm periuk.

6. Masukkan santan cair 1 cawan dn hidupkan api (api kecil). Rebus sampai mendidih . Jangan lupa masukkan sedikit garam.

7. Masukkan santan pekat 1 cawan dan daun pandan.

8. Cairkan gula melaka/nisan bersama sedikit air kemudian tapis dan tuangkan ke dalam periuk sotong tadi .

9. Tunggu sampai mendidih dan pekat. Tutup api dan sejukkan.

Selamat mencuba...






Comments