Sotong Percik |
Bahan-bahan
✔1 kilo sotong
Cara-carapenyediaannya:
1. Bersihkan danpotong jangan putus.
2. Gaul dgn garam dan kunyit.
3. kukus sekejap 5 minit..utk keringkan air je dan sotong akn tetap lembut bila dibakar.
Bahan-bahan kuah percik:
✔4 batang serai - ketuk
✔2 biji bwng besar*
✔5 ulas bwng merah*
✔1 ulas bawang putih*
✔Halia*
✔Kunyit hidup*
✔Cili kering - rebus*
✔Asam keping
✔Gula
✔Garam
✔1 @ 11/2 cawan santan pekat
*Kisar semua bahan
Cara-cara penyediaannya:
1. Tumis serai dah bau masukkan bahan kisar.
2. Pecah minyak masukkan santan, asam keping, gula dan garam.
3. Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan
4. Celupkan sotong yg dikukus tadi kedalam kuah dan pastikan kuah melekat pada sotong
5. Bakar api besar sambil tuang kuah sikit2 atas sotong dan balik-balikkan sekejap saja. Bila agak-agak nak garing, angkat.
6. Tuang kuah apabila nak dihidangkan.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment