RESEPI SUP CENDAWAN TIRAM

Sup Cendawan Tiram

Bahan-bahan:

✔100g cendawan tiram
✔3 ulas bawang merah
✔2 ulas bawang putih
✔1 biji cili merah
✔2 tangkai daun bawang
✔1/2 kiub ayam
✔2 sudu sos tiram
✔Sedikit garam dan serbuk perisa
✔1/2 sudu teh serbuk lada hitam
✔Sedikit air
✔Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaannya:

1. Carik2 cendawan tiram dan rendam seketika didalam air kemudian ditoskan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.

3. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan pati kiub ayam, serbuk lada hitam serta sos tiram dan dikacau rata.

5. Selepas air mendidih, masukkan cendawan tiram, daun bawang, garam dan sedikit serbuk perasa.

6. Apabila cendawan sedikit layu boleh la dimatikan api, dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba...

Comments