RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH

Udang Goreng Berempah

Bahan-bahan:

✔Udang harimau (500g)
✔Bawang merah (4 ulas)
✔Bawang putih (2 ulas)
✔Bawang besar dicincang (1 biji)
✔Serai dipotong nipis (1/2 batang)
✔Daun kari (1 tangkai)
✔Ketumbar (1 sudu)
✔Serbuk cili (1 sudu)
✔Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
✔Serbuk kunyit (1/2 sudu)
✔Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
✔Gula (sikit je kalau perlu)
✔Garam (secukup rasa)

Cara-cara penyediaannya:

1. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih. Setelah lumat, tumbuk bawang merah. 

2. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.

3. Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.

4. Goreng daun kari hingga naik bau.

5. Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.

6. Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

Selamat mencuba...

Comments