![]() |
Kuey Teow Goreng Pedas |
Bahan-bahan:
✔500 gm kue tiaw - dicuci bersih dan toskan
✔1 mangkuk taugeh
✔Daun kucai secukupnya - dipotong 1 inci
✔10 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala
✔100 gm daging batang pinang - dihiris kecil
✔2 ekor sotong - dipotong bulat
✔1 biji tomato - dipotong baji
✔2 biji telur
✔Minyak untuk menumis
Bahan-bahan rencah:
✔5 ulas bawang - dikisar
✔3 ulas bawang putih - dikisar
✔10 tangkai cili merah - direndam lembut dan kisar
✔3 sudu besar kicap manis
✔1 sudu besar sos tiram
✔2 sudu besar sos cili
✔Sedikit soas ikan
Cara-cara penyediaannya:
1. Telur di tambah secubit garam dan kocok. Panaskan minyak dan masukkan telur, kacau sekejap aje jangan sampai masak sangat, kemudian angkat.
2. Letakkan sedikit lagi minyak dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili. Tumis sampai garing dan harum.
3. Kemudian masukkan daging dan masak sampai daging empuk. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan kicap manis, jika tak nak letak garam masukkan kicap masin sekali. Tapi berhati dalam penggunaan kicap masin kerana sos tiram juga telah masin.
4. Masak sebentar bagi mesra. Kemudian masukkan tomato, telur yang dah masak hancur tadi, sotong dan udang.
5. Biar dia masak kejap baru masukkan kue tiaw. Kacau rata dan mesra semua bahan.
6. Akhir sekali, tutup api dan masukkan taugeh dan daun kucai. Gaul sebati.
7. Sedia di hidangkan.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment