RESEPI NASI DAGING BERAS PERANG

Nasi Daging Beras Perang

Bahan-bahan:

✔½kg daging
✔3 pot beras perang - guna penyukat beras
✔½ cawan susu cair
✔3 sudu makan marjerin
✔1 biji tomato dicincang
✔3 sudu makan rempah kurma - dibancuh dengan sedikit air
✔½ cawan kismis
✔3 helai daun pandan - disimpul
✔Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumis:

✔1 inci kulit kayu manis
✔2 kuntum bunga lawang
✔5 kuntum bunga cengkih
✔2 biji buah pelaga
✔1 labu bawang besar - dihiris
✔3 ulas bawang putih - dihiris
✔1cm halia - dihiris

Cara-cara penyediaannya:

1. Daging dipotong sederhana besar dan direbus hingga lembut. Sentiasa tambah air supaya air rebusan tidak kering.

2. Basuh beras dan rendam selama 15 minit kemudian toskan.

3. Panaskan marjerin dalam periuk nasi elektrik menggunakan dapur biasa.

4. Masukkan bahan tumis.

5. Apabila telah naik baunya masukkan bancuhan rempah kurma dan tumis lagi hingga pecah minyak.

6. Masukkan daging dan separuh air rebusannya serta tomato. Masak sampai mendidih dan tutup api.

7. Pindahkan periuk nasi elektrik ke dalam bekasnya.

8. Masukkan daun pandan, beras, susu cair, kismis, garam dan gula dan kacau semua campuran ini hingga rata.

9. Akhir sekali masukkan lebihan air rebusan daging tadi mengikut sukatan yang anda mahu. Jika ingin nasi keras tambah sedikit sahaja. Saya tambah air rebusan hanya sekadar menutup semua bahan-bahan tadi.

10. Biarkan nasi masak seperti biasa. Sesuai dihidang bersama air asam.

Selamat mencuba...

Comments