Serawa Labu Dan Keledek |
Bahan-bahan:
✔Setengah biji labu
✔Sebiji keledek sederhana besar
✔300ml santan
✔Sedikit sagu biji - direndam dan ditoskan
✔Gula dan garam secukup rasa
✔Beberapa helai daun pandan
Cara-cara penyediaannya:
1. Labu dan keledek dikupas kulit, potong dadu, basuh, rebus hingga separuh empuk dan buang air tu.
2. Masukkan santan (campurkan dulu santan tu dengan air 2 mangkuk), daun pandan, gula dan garam.
3. Kacau supaya santan tak pecah minyak. Bila dah mendidih dan labu dan keledek tu dah empuk masukkan sagu dan masak hingga sagu nampak jernih. Siap.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment