RESEPI SOTONG MASAK CILI PADI

Sotong Masak Cili Padi

Bahan-bahan:

✔Sotong - dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil
✔1 biji bawang besar - dimayang
✔2 biji tomato - dibuang biji dan dipotong panjang
✔2 kuntum bunga lawang
✔3 kuntum bunga cengkih
✔3 bji buah pelaga
✔1 sudu kecil cuka
✔Garam secukupnya
✔Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ditumbuk:

✔4 ulas bawang putih
✔Secubit jintan manis
✔Kunyit hidup sebesar jari kelingking
✔5-6 biji cili padi

Cara-cara penyediaannya:

1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.

2. Masukkan sotong dan gaul dengan bahan tumis sehingga sotong kembang sedikit.

3. Masukkan garam, gula dan cuka.

4. Masukkan bawang besar dan tomato.

5. Gaul hingga semua diperasakan dengan elok. Siap dihidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba...

Comments