RESEPI SUHUN GORENG TOMYAM

Suhun Goreng Tomyam

Bahan~bahan:

✔300 gram suhun - direndam 1/2 jam  dan toskan
✔15 - 20 biji cilihalus *
✔5 ulas bawang merah *
✔2 ulas bawang putih *
✔1 camb udang kering *
✔1 pek rempah tomyam putih
✔5 helai daun limau purut
✔1 batang serai - diketuk
✔1 pek jagung muda - dipotong serong
✔1 biji carrot - dipotong serong
✔1 mangkuk kecil udang
✔Garam secukup rasa
✔Sedikit serbuk perasa
✔4 - 5 camca minyak masak

Kisarkan bahan bertanda *

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan kuali. Masukkan minyak masak.

2. Masukkan serai dan daun limau purut. Kacau bagi naik bau.

3. Masukkan bahan kisar tumis hingga hampir garing lepas itu masukkan rempah tomyam. Kacau lagi hingga garing.

4. Masukkan garam dan serbuk perasa diikuti udang.

5. Lepas itu masukkan suhun yang ditoskan tadi dan jagung serta carrot. Kacau bagi sebati.

6. Perasakan . Kalau rasa keras tambah 1/2 cawan air. Minyak jangan banyak sebab takut suhun melekat.

7. Siap dihidang.

Selamat mencuba...

Comments