RESEPI TELUR HANCUR

Telur Hancur



Bahan-bahan:

✔2/3 biji telur
✔2 tangkai daun bayam dipotong kecil-kecil
✔Sedikit keju
✔Cendawan butang - didadu
✔Tomato yang - dihiris
✔Sedikit mayonis
✔Sesudu serbuk lada sulah
✔Sesudu mentega/minyak

Cara-cara penyediaannya:

1. Pecahkan telur dan kacau di dalam mangkuk.

2. Sapukan mentega/butter di muka kuali.

3. Api jangan kuat.

4. Masukkan telur yang dikacau tadi.

5. Kacau dan hancurkan telur buat dengan cepat tapi berhati-hati.

6. Masukkan bayam, keju, mayonis, cendawan dan serbuk lada sulah.

7. Kacau perahan dan angkat.

8. Letakkan ke atas roti yang telah disapu mentega.

9. Letak hirisan tomato dan sos cili jika suka.

Selamat mencuba...

Comments