Terung Masak Berlada |
Bahan-bahan:
✔3 batang terung panjang sederhana besar
✔Cili merah - 6-8 biji
✔Bawang merah - 6 biji.
✔Bawang putih - 4 biji.
✔Bawang besar - setengah/ 1 biji dihiris kasar
✔Sedikit ikan bilis atau kiub ikan bilis
✔Sedikit gula dan garam.
Cara-cara penyediaannya:
1. Terung tersebut bolehlah dihiris menyerong atau menegak,kecil atau besar mengikut kreativiti masing-masing.
2. Semasa memotong lihat juga kalau ada yang busuk di dalamnya dan perlu dibersihkan.
3. Biasanya terung panjang jarang yang rosak,(terung bulat yang mudah rosak di dalamnya.Ummi suka terung yang panjang kerana yang bulat sedikit keras jika tidak dimasak lama).
4. Setelah dibasuh,terung digoreng dengan sedikit minyak atau boleh juga diibakar menggunakan kuali yang tidak melekat.
5. Setelah masak.
6. Asingkan ketepi.
7. Dengan menggunakan minyak yang sama,kita bolehlah menumis bahan-bahan lain.
8. Kalau minyak banyak,keluarkan dahulu sebahagian.
9. Bawang merah,bawang putih dan cili merah ditumbuk atau dimesin kasar (jangan mesin terlalu hancur seperti mesin cili kering).
10. Tumiskan kesemua bawang tersebut,masukkan juga kiub ikan bilis / ikan bilis dan bawang besar.
11. Api jangan terlalu besar dan dikacau-kacau sehingga masak dan nampak sedikit garing.
12. Bolehlah tambahkan garam dan gula secukup rasa.
13. Semua bahan dalam kuali dikacau agar sebati dan akhirnya dimasukkan terung-terung tadi.
14. Gaul balikkan terung dan bahan tumisan.
15. Siap dihidangkan.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment