Kerepek Pisang Tanduk |
Bahan-bahan:
✔1 sisir pisang tanduk lebih kurang 5-8 biji - dibuang kulitnya
✔Air garam
✔Pisau penyagat
✔Minyak masak
Cara-cara penyediaannya:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Sagat pisang tanduk di atas kuali bagi mengelakkan pisang itu lebam (warna pucat).
3. Renjiskan air garam ikut citarasa - lebihkan jika mahu masin sedikit.
4. Bila warna pisang tanduk bertukar kuning keperangan, bolehlah di angkat dan masukkan ke dalam bekas yang kedap udara.
*Pisang tanduk tidak perlu ditambah pewarna kerana warna asalnya sahaja sudah cukup menonjolkan kesegaran sesuatu kerepek itu.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment