Kuih Kaswi Pandan |
Bahan- bahan:
✔2/3 cawan gula pasir
✔2 cawan air
✔1/2 cawan tepung gandum
✔1/2 cawan tepung beras
✔3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
✔Secubit garam
✔1 sudu kecil air kapur - guna 1/2 sudu kecil
✔Sedikit pewarna hijau
Cara-cara penyediaannya:
1. Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan.
2. Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata.
3. Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Kukus selama 25 minit.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment