Masak Sup Cara Kampung |
Bahan-bahan:
✔1 kg tulang lembu
✔2 batang serai - diketuk
✔Halia sebesar ibu jari - diketuk
✔1 sudu makan lada putih - ditumbuk
✔Air secukupnya
✔Garam
✔Minyak
✔Hirisan daun bawang dan daun sup
✔Bawang goreng
✔Rempah 4 sekawan - 3 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 1 batang kulit kayu manis dan kuntum bunga cengkih
Bahan-bahan untuk ditumbuk:
✔3 ulas bawang putih
✔5 biji bawang merah
✔1 sudu makan ketumbar biji
✔1 sudu teh jintan putih
✔1 sudu teh jintan manis
Cara-cara penyeidaannya:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk, serai dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan dan tumis seketika hingga naik bau.
2. Masukkan tulang dan balik-balikkan sehingga bertukar warna atau kelihatan layu.
3. Tambahkan air secukupnya dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Perlahankan api dapur dan tutup periuk. Masak sehingga daging tulang empuk.
5. Masukkan lada putih dan perasakan dengan garam.
6. Hidangkan panas dengan taburan hirisan daun sup atau bawang dan bawang goreng.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment