Mee Bandung |
Bahan-bahan:
✔Mee kuning sebungkus
✔Telur 5 Biji
✔Sos tiram
✔Lada kering - dikisar
✔Bawang putih 8 ulas - ditumbuk
✔Bawang merah besar - ditumbuk
✔Gula 6 sudu makan
✔Udang kering - dikisar
✔Minyak masak 4 sudu makan
✔Tepong jagung
✔Garam 4@5 sudu teh
✔Kacang tanah 500g - dikisar
✔.Sawi seikat
✔Daun bawang
✔Bawang goreng
✔Daging peket
Cara-cara penyediaannya:
1. Daging peket direbus dan hiris-hiris. Pastikan rebusan daging 1 jam sebelum nak masak. Rebus daging sampai empok.
2. Tumis bawang putih dan merah tadi sampai nampak garing.
3. Dah garing baru masuk lada kisar tadi. Kacau dalam 2 Minit.
4. Masukkan kacang tanah/udang kering tadi 10 sudu makan, gula 5 Sudu, garam 4@5 sudu dan masuk sos tiram 5 sudu makan.
5. Biar dalam 2 minit pastikan bawah tidak hangus.
6. Tuang air rebusan daging tadi dan tuang semua.
7. Masukan tepung jagung 4 sudu makan dan kacau dalam 2 Minit..
8. Pecahkan telur dalam kuah. Bila nampak telur dah timbul baru kacau perlahan-lahan.
9. Akhir sekali masukkan sayur dan kacau sebati.
10. Sedia dihidang.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment