Mee Kari Penang |
Bahan-bahan stok ayam:
✔2 keping dada ayam
✔2 kiub ayam
✔Garam secukup rasa
*Rebus dada ayam bersama air, kiub ayam dan garam hingga ayam empuk. Bila ayam dah empuk, keluarkan dan di siat-siat halus. Ketepikan
Bahan-bahan sambal:
✔15 tangkai lada kering - direndam hingga lembut dan di kisar halus
✔3 tangkai cili merah - dikisar halus
✔2 sudu besar udang kering - direndam hingga lembut kemudian di kisar halus
✔3 ulas bawang putih - dikisar halus
✔1 inci belacan - dikisar halus
✔Minyak untuk menumis
✔Garam dan gula secukup rasa
*Semua bahan di atas kita kisar sekali hingga halus. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.
Bahan-bahan kuah mee kari:
✔2 liter Stock Ayam / air rebusan ayam
✔Air rebusan kerang / air rebusan udang jika letak udang
✔3 sudu besar rempah kari daging Babas
✔2 batang serai - dititik
✔1 ketul gula batu atau gula Melaka
✔Minyak untuk menumis
✔3 tangkai daun kari
✔2 cawan santan
✔2 keping asam keping
✔Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar:
✔1 sudu besar ketumbar
✔3 batang serai - diambil bahagian yang putih sahaja, hiris dan kisar
✔5 ulas bawang putih
✔7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
Bahan-bahan lain:
✔10 ketul tauhu pong
✔2 keping fish cake
✔10 biji fish ball
✔Kerang - direbus
✔Taugeh
✔Kacang panjang celur
✔Mee kuning
✔Mee hoon
Cara-cara penyediaannya:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan serai, daun kari dan bahan kisar, hingga harum dan terbit minyak.
3. Masukkan rempah kari daging yang di bancuh dengan sedikit air.
4. Masak hingga garing.
5. Masukkan stock ayam dan air rebusan kerang atau udang, dan biarkan ia merenih.
6. Masukkan asam keping dan gula batu atau gula Melaka.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. Biarkan kuah mendidih.
9. Kemudian masukkan santan sambil di kacau agar tidak pecah santan.
10. Akhir sekali masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pong.
11. Masak kuah hingga semua bahan di masak sempurna.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment