Mee Udang |
Bahan-bahan:
✔Mee kuning
✔Udang
✔Ketam
✔Kepala udang - direbus untuk jadikan stok
✔Cili kering segenggam*
✔Bawang putih 3ulas*
✔Halia sikit*
✔Bawang merah 7-8 biji*
✔Tomyam paste sesudu besar
✔Udang kering 2 paket
✔Sebiji kentang
✔Sebiji keledek
Bahan-bahan hiasan:
✔Daun bawang
✔Bawang goreng
✔Cili merah n hijau
✔Telur rebus
✔Limau nipis/kasturi
Cara-cara penyediaannya:
1. Rebus kepala udang, dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang.ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek, kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua bahan bertanda * , tumis hingga naik bau. Masukkan stok udang dan masak lagi hingga didih.
4. Tambah garam , gula, aji dan masuk keledek dan kentang kisar tadi. Tmbah air jika perlu.
dah didih baru masukkan udang dan ketam.
5. Perasakan. Sedia dihidang.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment