RESEPI NASI GORENG MAMAK STYLE

Nasi Goreng Mamak Style

Bahan-bahan:

✔4 cawan nasi putih
✔1 biji bawang besar - dihiris halus
✔4 ulas bawang putih - diketuk dan dihiris halus
✔2 sudu besar cili sambal
✔3 sudu besar sos tiram
✔3 paket serbuk rencah Maggi kari
✔2 biji tomato - dibelah empat
✔2 keping tauhu - digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
✔2 batang sayur sawi dan kobis – dipotong anggaran 2 ½ inch
✔2 biji telur
✔2 fish cake - dihiris nipis
✔1 cawan isi ayam - dipotong dadu
✔Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk hiasan:

✔Hirisan timun
✔Limau kasturi - dibelah dua
✔Bawang goreng

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis.

2. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi.

3. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, sos tiram, serbuk kari maggi, tauhu, fish cake dan isi ayam. Gaul sebati hingga masak.

4. Selepas itu, masukkan nasi putih, kobis dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga nasi dan sayuran masak sebati bersama rencah tadi.

5. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.

6. Masukkan tomato. Kacau rata hingga masak.

7. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, tomato, limau kasturi dan bawang goreng.

Selamat mencuba...

Comments