RESEPI SUP TELUR CARAK

Sup Telur Carak

Bahan-bahan:

✔200ml stok ayam
✔1 biji telur
✔½ sudu teh tepung jagung
✔Sedikit daun bawang - dicincang halus

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan stok ayam sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air.

3. Kacau sehingga kuah sup memekat.

4. Pukul telur dan tuangkan perlahan-lahan ke dalam sup. Sambil itu, kacau kuah sup dengan garfu supaya telur tidak bergumpal.

5. Hiasi dengan daun bawang.

Selamat mencuba...

Comments