Udang Goreng Daun Kari |
Bahan-bahan:
✔10 ekor udang sederhana besar
✔sebiji bawang besar * - dimayang
✔2 tangkai daun kari *
✔2 biji cili padi *
✔Sedikit halia *
✔ Garam
✔Kunyit
✔2 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
Cara-cara :
1. Bersihkan udang, kopek kulitnya sedikit dan buang kotoran di bahagian belakang.
2. Gaulkan dengan garam kunyit seketika.
3. Tumiskan bahan * sehingga wangi dan layu, kemudian masukkan juga lada hitam tumbuk tadi.
4. Masukkan udang dan masak sehingga udang agak garing
5. Jika mahu sedikit kuah boleh masukkan air.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment