Maggi Goreng Mamak |
Bahan-bahan:
✔1 paket maggie kari
✔2 telur
Bahan-bahan untuk membuat kuah:
✔Sos cili life secukupnya
✔Sos tomato secukupnya
✔Kicap pekat secukupnya
Bahan-bahan untuk membuat perencah:
✔Sedikit tauhu goreng
✔Sedikit daun sawi
✔Sedikit tomato yang dipotong 4
✔Maggi cukup rasa secukupnya
✔5 ekor udang
Cara-cara penyediaannya:
1. Rebus dahulu maggie didalam periuk sehingga sedikit lembut kemudian toskan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan telur.
4. Setelah agak sebati,masukkan maggi dan serbuk perencah maggi kari.
5. Kemudian,masukkan udang, sawi,tomato, tauhu dan taburkan maggi cukup rasa.
6. Kacau bahan-bahan yang telah di goreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut menjadi ketul-ketulan kecil.
7. Biarkan seketika dalam 5 minit sehingga udang kemerahan dan masak.
8. Jika sudah rasa okay bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment