![]() |
| Maggi Hailam Seafood |
Bahan-bahan:
✔1 bungkus Maggi
✔Kaki ayam
✔5 ekor sotong - dipotong
✔5 ekor udang
✔Bawang kecil - dihiris
✔Halia 1 inci - dihiris dan diketuk
✔Sayur sawi - dipotong
✔Lobak Merah - dihiris bulat
✔Lada kecil - di potong
✔Tomato - dibelah 6
✔Tepung jagung / gandum 1 sudu - dibancuh dengan sedikit air.
✔Air 1 cawan
✔Kicap
✔Secukup rasa
Cara-cara penyediaannya:
1. Rendam maggi terlebih dahulu. Jangan terlampau lama. Kemudian toskan. Letak di tepi.
2. Masukkan 1 cawan air kedalam kuali. Masukkan juga kaki ayam atau isi ayam. Biarkan sehingga masak.
3. Masukkan pula seafood iaitu sotong dan udang. Biar sehingga masak.
4. Masukkan kicap, halia, lobak dan bawang. Biarkan lobak sedikit masak.
5. Masukkan lada yang telah dihiris, maggi, dan sawi. Kacau sehingga rata.
6. Perisakan dengan secukup rasa. Masukkan tepung yang dibancuh tadi. Tuang sedikit sedikit. Kalau dah pekat, boleh berhenti.
7. Masukkan tomato. Kacau dan pastikan maggi masak. Siap, boleh di hidang panas-panas.
Selamat mencuba...

Comments
Post a Comment