![]() |
Maggi Sup Pedas |
Bahan-bahan:
✔Mee maggi
✔Udang
✔Sayur sawi
✔Telur
✔1 ulas bawang putih
✔2 ulas bawang merah
✔Garam dan serbuk perasa
Bahan-bahan hiasan:
✔Bawang goreng
✔Daun bawang
✔Cili hidup
Cara-cara penyediaannya:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga wangi. Masukkan sedikit air hingga menggelegak.
2. Masukkan perencah mee maggi, udang dan sayur. Selepas itu, dimasukkan mee maggi, garam jika perlu. Tapi biasanya tak perlu kerana perencahnya sudah cukup masin.
3. Akhir sekali dipecahkan telur sebiji di atasnya. Bila telur hampir masak, diangkat dan hidang.
4. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan cili hidup hiris.
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment