Maggi Tomyam Thai Special |
Bahan-bahan:
✔Maggi
Bahan-bahan untuk tomyam paste:
✔15-20 biji cili kering - dibuang biji dan rebus
✔1 biji bawang besar - dihiris kasar
✔5 ulas bawang putih - dihiris kasar
✔2 inci lengkuas - dihiris kasar
✔2 inci halia - dihiris kasar
✔5 helai daun limau purut - dihiris kasar
✔1 sudu besar serbuk ketumbar
✔2 sudu besar udang kering - direndam dengan sedikit air sehingga lembut
✔1 cawan air asam jawa
✔2 sudu besar gula perang
✔2 batang serai. hiris nipis
✔2 sudu besar sos ikan thai
✔1 senduk minyak untuk menumis
Bahan-bahan untuk kuah tomyam:
✔3 cawan air
✔Isi ayam bahagian dada - dihiris nipis
✔Udang - dibuang kepala
✔Sotong - dipotong
✔1/2 batang karot
✔1 biji tomato - dipotong 4
✔Cendawan tiram
✔1 batang serai
✔4 helai daun limau purut
✔10-15 biji cili padi - dibelah dua di bahagian atas jangan sampai terputus
✔2 sudu besar sos ikan
✔2 biji limau nipis - diambil jus
✔Tomyam paste
✔Sedikit daun ketumbar
✔1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning - dipotong 4
Cara-cara penyediaannya:
Cara untuk tomyam paste:
1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
3. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
4. Angkat dan sejukkan.
Cara untuk masak tomyam:
1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas).
2. Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
3. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan maggi. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.
Selamat mencuba...
Nk try buat la..terima kasih ats resipi ni..hehe
ReplyDelete